Tuesday, April 15, 2008
KETUA PADERI KRISTIAN SELUROH SABAH MEMELUK ISLAM

[Dengan gejala murtad terus bergolak agak elok direnung kembali temuramah ekslusif oleh Jamilah Aini Mohd. Rafiei bersama Ustaz Tajuddin Othman Abdullah (Reverend Thomas Laiden), bekas Paderi Besar Gereja-Gereja Seluruh Sabah].

BEKAS Paderi Besar Sabah, TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, mengupas perbandingan yang cukup ilmiah di antara agama Islam dan Kristian berdasarkan pengkajian yang cukup mendalam lagi terperinci berasaskan pengalaman menjadi Paderi Besar Kristian selama 12 tahun. Apa yang dihuraikan beliau itu adalah iktibar buat mereka yang MURTAD DARI AGAMA ISLAM.

Kristian menurut kitab Injil yang asal jika dikaji sedalam-dalamnya, maka jawapan akhir yang akan ditemui adalah ISLAM. Hakikat ini telah dibuktikan oleh ramai orang Kristian yang akhirnya mendapat hidayah Allah dan kemudiannya memeluk agama Islam.

Tetapi apa yag paling menakjubkan kali ini, kita berpeluang berkongsi pengalaman hidup yang tiada tolok bandingannya bersama USTAZ TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, seorang bekas paderi besar di seluruh Sabah, yang dilahirkan sebagai saorang Kristian dan menghabiskan sebahagian besar dalam hidupnya untuk belajar menjadi paderi. Beliau yang selama ini berada di tahap paling tinggi dan mulia sekali di Sabah kerana berkedudukan untuk mengampunkan segala dosa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian Sabah, contohnya orang yang paling berpengaruh ketika itu, Pairin Kitingan.

Pengalamannya sebagai Bekas Paderi di sekitar 80-an membuatkan beliau banyak mengetahui selok belok agama termasuk agama Islam. Setelah puas mengkaji, akhirnya Allah memberikan hidayah kepadanya dengan memilih Islam sebagai jalan hidup. Beliau kini bertugas di Majlis Agama Islam Melaka di bahagian Unit Kristianologi.

Bersama seterusnya dengan JAMILAH AINI MOHD. RAFIEI, turut hadir SUZILAWATI ROZAINOR ABBAS dengan jurufoto WAN ZAHARI WAN MOHD. SALLEH yang berdialog dengan beliau di Masjid Al-Azim (Negeri), Air Keroh, Melaka, baru-baru ini.

SEMASA KRISTIAN saya dikenali sebagai Paderi Thomas Laiden. Saya berasal dari Sabah dan berketurunan Solok.Agama asal saya ialah Roman Katholik. Saya mendapat pendidikan di Seminary Kepaderian Vatican Itali, iaitu institusi kepaderian terulung di Itali dan di dunia dengan dibiayai oleh Persatuan Kristian Sabah. Saya tamat pengajian pada tahun 1985 seterusnya bertugas sebagai paderi di Vatican. Seterusnya saya memohon untuk kembali ke negeri asal saya, iaitu Sabah.

Pada tahun 1988 saya ditukarkan ke Sabah dan berkhidmat sebagai paderi. Saya bertugas di Gereja St. Mary dan Persatuan Gereja Roman Katholik Sabah seluruh Sabah yang berpusat di Kota Kinabalu.

Keluarga saya terlalu kuat berpegang pada agama Kristian. Itulah sebabnya bapa menghantar saya ke Vatican, dengan harapan agar saya menjadi seorang paderi yang dikira jawatan yang terlalu mulia. Saya mempunyai ramai adik beradik tetapi kesemuanya perempuan. Saya adalah anak lelaki tunggal dalam keluarga.

Semasa menjadi paderi, saya banyak membuat kajian mengenai agama Kristian, Buddha, Hindu dan Islam. Ketika itu saya tidak tahu langsung tentang keindahan dan kecantikan Islam dan tidak pernah terlintas di fikiran untuk ke situ. Tambahan pula saya dibesarkan di dalam keluarga yang kuat mengamalkan agama Kristian. Saya aktif bergiat dalam dakyah Kristianisasi yang cenderung kepada banyak buku-buku Islam.

Setelah banyak membuat kajian, saya terfikir apabila saya dilantik menjadi paderi, saya mendapat kesimpulan yang saya sudah mula meragui agama yang saya anuti. Konflik Diri Yang Tidak Terbendung, ianya ketara di sekitar 1988, apabila sebagai seorang paderi diberi tanggungjawab yang besar iaitu untuk mengampunkan dosa manusia. Timbul di fikiran saya bagaimana saya sebagai manusia biasa bisa mengampunkan dosa manusia lain sedangkan para Nabi dan Rasul yang diutuskan Allah, mereka ini tidak sanggup mengampun dosa manusia dan tidak mampu mengampunkan dosa manusia. Saya mula serius membuat kajian mengenai Islam.

Apabila saya diberi tanggungjawab mengampun dosa orang-orang Kristian seluruh Sabah, jadi masa itu saya rasakan seolah-olah agama ini sengaja direka-reka oleh manusia. Seterusnya pada tahun 1989 saya kembali ke Vatican untuk membuat Kursus Kepaderian di sana selama tiga tahun. Di sana saya telah berjumpa dengan ketua paderi tertinggi seluruh dunia iaitu Pope John Paul. Saya telah berdialog dengannya dan bertanya akan perkara yang memusykilkan saya sepanjang saya menjadi paderi. Saya berkata kepadanya, "Paul, saya sekarang rasa ragu dengan agama yang kita ini". Dia terkejut dan bertanya, "Apa yang kamu ragukan?" Saya berkata, "Cuba John Paul fikirkan sendiri, kita ini seorang manusia biasa. Di negeri saya Sabah, di negeri saya sendiri setiap malam Ahad saya mengampunkan dosa orang Kristian yang beratus-ratus orang yang datang mengaku buat dosa. Mereka harap saya yang mengampunkan dosa mereka sedangkan para Nabi pun tidak pernah melakukannya." Beliau berkata, “Wahai Paderi Thomas, kamu ini dilantik menjadi seorang paderi, maka kamu ini seorang yang suci dan tidak mempunyai sebarang dosa," Saya katakan yang saya merasakan diri saya mempunyai dosa. Beliau seterusnya menyambung, "Memang kita manusia ini mempunyai dosa. Nabi Adam sendiri mempunyai dosa. Apabila seseorang yang telah dilantik menjadi paderi bermakna kamu ini telah dilantik oleh Jesus Christ. Jesus Christ tidak ada dosa maka kita sebagai paderi ini tidak mempunyai dosa."

Di situlah saya mula tidak percaya pada agama Kristian yang mengatakan ulamak-ulamak Kristian tidak mempunyai dosa. Saya katakan pada Paul yang ulamak Kristian itu pembohong. Dia terkejut lalu berkata, "Thomas, kamu telah dihantar hingga ke peringkat tertinggi untuk menjadi paderi, kenapa kamu berkata demikian. Cuba kamu jelaskan kenapa kamu kata agama Kristian pembohong".

Saya menyoalnya, "Jesus Christ itu Tuhan atau Nabi?" Beliau menjawab, "Dia Tuhan.” "Saya bertanya kembali, Pernahkah orang nampak Tuhan? Bagaimana wujudnya Tuhan? Siapa Tuhan kita sebenarnya, Jesus Christ (Nabi Isa) atau Allah bapa? (Allah)." Beliau mengatakan Jesus itu Tuhan. Saya menyoal kembali, "Apa matlamat utama Jesus Christ diutus ke dunia?" Beliau menjawab, "Untuk menebus dosa bangsa manusia, semua bangsa dan agama.” Jadi saya katakan padanya kenapa perlu ada paderi tukang ampun dosa jika Jesus Christ sudah menebus dosa semua manusia. Di situ dia mula pening dan terpinga sambil berkata, "Paderi Thomas awak ini telah dimasuki iblis sehingga berani mempertikaikan Kristian." Saya katakan padanya,"Kita seorang paderi yang suci, bagaimana iblis boleh masuk?" Saya juga katakan padanya saya mempunyai ibu bapa dan adik-beradik, apabila ibu bapa saya membuat dosa mereka mengaku di hadapan anak, kerana kedudukan saya ketika itu sebagai seorang paderi. Jadi saya terfikir bagaimana saya seorang anak boleh mengampunkan dosa ibu bapa. Sepatutnya seorang anak yang meminta ampun dari ibunya.

Selepas perdebatan itu Pope John Paul meninggalkan saya, sebagai seorang paderi beliau tidak boleh marah kerana marah merupakan satu dosa.

Di dalam Kristian mempunyai tujuh rukun iaitu:-

i). Ekaristi Pembaptisan - seseorang yang ingin memeluk Kristian Mereka mesti dibaptiskan air suci.

ii). Ekaristi Pengakuan - mengaku dosa di hadapan paderi

iii) Ekaristi Maha Kudus - memakan tubuh Tuhan (Khusti kudus)

iv) Ekaristi Minyak Suci - air suci

v). Ekaristi Krisma - penerima ekaristi Maha Kudus layak menerima Krisma

vi) Kristi Imaman – menjadi paderi

vii). Ekaristi Perkahwinan - hanya untuk penganut awam (Paderi tidak menerima ekaristi ini)

Dalam Kristian air suci atau lebih dikenali sebagai Holy Water, adalah paling bernilai sekali. Untuk menjadi seorang Kristian, seseorang perlu menjalani Ekaristi Pembaptisan iaitu meminum air ini. Ia diperolehi dari proses uzlah yang dijalani sebelum menjadi paderi. Jika tidak mempunyai akidah yang benar-benar kuat, akidah boleh rosak disebabkan air ini. Contohnya ialah seperti apa yang berlaku ke atas seorang doktor perempuan Melayu di Selangor. Setelah minum, beliau langsung tidak boleh mengucap, hatinya telah tertutup. Menurutnya beliau sudah tidak yakin lagi dengan agama lain kecuali Kristian sahaja kerana melalui Kristian beliau boleh melihat Tuhan Jesus yang turun setiap malam. Itulah permainan iblis. Sesiapa yang meminum air tersebut dapat melihat apa sahaja. Sebaik sahaja doktor tersebut meminumnya, akhirnya beliau memeluk Kristian. Saya pergi menemuinya, dia katakan kepada saya Islam tidak benar, hanya Kristian agama yang benar kerana umatnya boleh melihat Tuhan. Apabila saya tunjukkan air itu kepadanya sambil bertanya pernahkah beliau meminumnya. Beliau menjawab memang pernah meminumnya semasa beliau belajar di Indonesia; apabila pergi ke gereja beliau akan diberi minum air tersebut. Beliau menyatakan kepada saya beliau akan hidup dan mati dalam Kristian. Saya membacakan kepadanya surah Al-Kahfi di samping memintanya mengamalkan surah tersebut setiap masa. Alhamdulillah lama-kelamaan keadaannya semakin pulih.

Inilah permainan sihir sebenarnya. Tidak siapa dapat melawan ilmu Allah, hanya ilmu Allah sahaja yang berkesan menghapuskan permainan sihir. Tidak lama kemudian beliau kembali mengucap dan terus menangis.

Saya katakan kepadanya saya sudah terlalu berpengalaman dengan taktik Kristian. Itulah, cara memikat orang untuk ke agama Kristian cukup mudah, tidak mengapa jika tidak percaya kepada agama Kristian, tetapi apabila minum air itu segala-galanya akan berubah. Setelah saya mempelajari Islam barulah saya tahu rupanya iblis ini boleh menyerupai bermacam rupa. Kekuatannya hanya pegangan akidah.. Tetapi Holy Water ini sekarang tidak boleh lagi diedarkan di Malaysia kerana orang yang pembuatnya di biara Vatican telah memeluk Islam dan membongkar rahsia ini. Ramai orang sudah tahu mengenai air ini dan mula berhati-hati dengan setiap apa yang meragukan.

Rukun yang kedua pula iaitu Ekaristi Maha Kudus bermaksud memakan tubuh Tuhan. Saya pernah berhujah dengan John Paul mengenainya. Saya katakana padanya sedangkan Firaun yang zalim itupun tidak pernah memakan tubuh tuhan kenapa pula kita sebagai ulamak Kristian boleh makan tubuh tuhan?. Saya jelaskan kepadanya, apabila semua paderi memakan Khusti Kudus (sejenis makanan yang diimport khas dari Itali) bermakna itu satu penghinaan kerana tubuh tuhan boleh dimakan. Kata beliau, itu memang sudah menjadi rukun Kristian dan tidak boleh dipertikaikan lagi. Apa yang paling merbahaya ialah Holy Water. Khusti Kudus tidak mempunyai rahsia apa-apa, ia seolah-olah seperti roti yang dicampur dengan bahan lain. Berlainan dengan Holy Water yang kesannya cukup kuat.

Bayi-bayi yang baru dilahirkan pun dibaptiskan. Terdapat sesetengah klinik yang membaptiskan bayi walaupun bayi tersebut Islam. Bagi kepercayaan Kristian setiap bayi yang baru lahir wajib dibaptiskan kerana ia mempunyai dosa, ia menyimpan dosa pusaka yang ditinggalkan datuk moyang mereka. Ia berlainan dengan Islam, Islam meletakkan bayi yang baru lahir itu adalah dalam keadaan fitrah (bersih). Sebenarnya agama Kristian ini salah. Di dalam semua kitab tidak ada mengenai agama Kristian. Kristian ini baru sahaja berkembang oleh seorang Paul yang pertama di zaman Julius kemudian beliau mengembangkannya. Asal agama Kristian ialah dari agama Yahudi dan Nasara. Tetapi di Romawi ia dinamakan Kristianisasi. Jika kita meneliti di dalam kitab Nabi Isa (Injil) tidak ada disebut Kristian.

Sebenarnya semua ulamak Kristian tahu mengenai kedudukan agama Islam. Pernah terjadi dalam tahun '78, semasa itu saya terjumpa kitab yang menyatakan kebenaran dan Nabi Muhammad. Tetapi semasa itu saya tidak begitu memperdulikannya. Di dalam kitab tersebut ada menyebut mengenai Ahmad iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Ketika itu saya masih belajar di Vantiken, oleh kerana saya kurang sihat saya tidak dapat mengikut kelas pengajian. Saya diberi tugas oleh seorang paderi untuk menjaga sakristi perpustakaan yang terdapat di gereja) untuk menjaga kitab-kitab di situ. Paderi tersebut mengatakan kepada saya, Thomas, kamu perlu menjaga kesemua kita-kitab di sakristi ini tetapi kamu tidak boleh membuka almari." Beliau menunjukkan kepada saya almari yang dimaksudkan. Saya hairan kerana beliau melarang saya membuka almari tersebut sedangkan kuncinya diserahkan kepada saya. Sifat manusia, apabila dilarang maka itulah yang ingin dibuatnya. Ketika itu semangat saya terlalu berkobar-kobar untuk mengetahui isi kandungan kitab yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s. Saya mengambil kitab itu dan menyembunyikannya.

Kitab tersebut ditulis di dalam bahasa Hebron. Ia masih saya simpan hingga ke hari ini dan saya dalam proses untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. Ia menjadi rujukan kepada saya, dan sebagai bukti untuk berdebat dengan orang-orang Kristian. Saya telah utarakan kepada Majlis Agama Islam Melaka, jika boleh saya ingin menterjemahkannya dan sebarkan kepada orang ramai. Pihak Majlis tidak berani melakukannya, menurut mereka ia akan mengancam nyawa saya kerana dengan pendedahan kitab tersebut rahsia Kristian akan tersebar.

Isi kitab tersebut sama dengan al-Quran. Rupa-rupanya barulah saya mengetahui semasa upacara mengangkat sumpah dalam proses beruzlah pada hari yang ke 39, setiap paderi akan meletakkan tangan mereka ke atas kitab yang dibalut dengan kain putih yang diletakkan di atas bantal. Tidak siapa dibenarkan membukanya dan lihat isi kandungannya. Berbalik kepada kisah saya mencuri kitab tersebut, selepas kehilangannya paderi yang menyerahkan kunci kepada saya dahulu memanggil saya dan bertanya apakah saya ada mengambilnya. Saya menafikan dengan mengatakan tidak pernah mengambil kitab tersebut. Hati saya nekad untuk tidak mengaku dan menyerahkannya kerana saya ingin mengkaji kitab tersebut.

Disebabkan seseorang bakal paderi tidak boleh berbohong, beliau mempercayai pengakuan saya. Akhirnya pada keesokannya iaitu pada hari mengangkat sumpah, disebabkan Injil tersebut telah hilang, mereka meletakkan kitab suci al-Quran (yang dibalut dan sentiasa tersimpan di almari) sebagai ganti kitab yang hilang.

Al-Quran digunakan di dalam upacara mengangkat sumpah? Semua paderi tidak tahu hal ini kecuali saya. Pada masa itu saya terfikir, apa gunanya jika kita bersumpah di atas kitab al-Quran tetapi masih tidak beriman dengannya? Bermakna semua paderi telah bersumpah di atas al-Quran tetapi kufur selepas itu. Menyingkap saat saya didatangkan hidayah ialah ketika saya sudah tamat belajar dan bertugas di Gereja St. Mary, Sabah.

Pada suatu malam Ahad pada tahun 1991, saya bersembahyang dengan cara Kristian) di hadapan tuhan-tuhan saya iaitu. Tuhan Bapa, Ibu Tuhan (Mary) dan Anak Tuhan (Jesus Christ). Ketika itu saya terfikir di dalam hati, patung-patung ini diukir oleh manusia, saya menyembahnya setiap hari di dalam bilik.' Apabila saya selesai sembahyang saya meletakkannya di bawah tempat tidur. Hati saya berkata, alangkah hinanya Tuhanku. Kenapa aku boleh meletakkannya di bawah tempat tidur yang boleh aku baringkan dan letak sesuka hatiku?

Turunnya Hidayah Malam itu, selesai sembahyang saya mengambil sehelai kertas dan saya tulis diatasnya, "Tuhan, diantara agama Islam, Kristian, Hindu dan Buddha aku telah mengetahui semua agama ini. Malam ini tolonglah tunjukkan kepadaku manakah di antara tiga agama ini yang benar bagiku". Setelah itu, tak tahulah saya katakan bagaimana mengantuknya mata saya yang tak pernah-pernah saya alami rasa mengantuk yang lain macam, mata saya langsung tidak boleh terangkat.

Akhirnya saya tertidur. Pada malam itu, pada saya mungkin bagi para Nabi boleh dianggap mimpi tetapi menurut saya mungkin Tuhan ingin memberikan hidayah kepada saya. Di dalam tidur, saya merasakan seolah-olah saya menaiki lif dari satu tingkat ke tingkat lain sehingga tingkat tujuh, ketika itu mata saya tidak boleh dibuka kerana di hadapan saya ada satu cahaya yang terang benderang menyuluh. Saya bertanya kepada seorang yang berdiri di hadapan saya, orangnya MasyaAllah terlalu tinggi. Jarak di antara kaki dan kepala umpama langit dan bumi.

Saya bertanya kepadanya, Negeri apakah ini?"Beliau berkata kepada saya, "Awak tidak layak masuk ke negeri ini, ini negeri umat Nabi Muhammad s.a.w." Saya meminta keizinannya sekali lagi untuk masuk tetapi beliau tetap tidak membenarkan. Dari luar saya dapat lihat di dalamnya ada satu jalan umpamanya titi yang halusnya seperti sehelai rambut. Saya tak berani katakan ia Titian Sirat atau apa-apa kerana tidak mengetahui apa-apa ketika itu. Saya hairan kenapa orang yang berjubah dan bertudung mereka melintas jalan itu dengan mudah sedangkan saya langsung tidak boleh mengangkat kaki. Penjaga itu berkata lagi, "Awak tidak boleh masuk, tetapi awak lihatlah bagaimana keadaan mereka yang beragama Yahudi dan Nasara (Kristian).” Alangkah terkejutnya saya apabila melihat orang-orang Kristian yang kepalanya dimasukkan ke dalam api umpama dijadikan kayu api. Saya terkejut dan sedar hanya Islam agama yang benar. Akhirnya saya tersedar seelok sahaja azan subuh dilaungkan dari masjid berhampiran.

Saya bangun dan membersihkan badan saya. Saya menuju ke kereta. Pemandu telah bersedia membawa saya tetapi saya menolak pelawaannya dan katakan kepadanya saya ingin pergi ke satu tempat yang orang lain tidak boleh ikut serta. Saya memandu kereta menuju ke sebuah masjid di atas bukit. Ketika saya tiba, mereka sedang berjemaah menunaikan fardu Subuh, saya menanti seketika sebagai menghormati agama mereka. Setelah selesai, saya pergi menemui imam yang bertugas ketika itu. Saya katakan kepadanya yang saya ingin memeluk Islam hari itu juga.

Beliau terkejut dan berkata kepada saya, "Awak ini di bawah Pairin Kitingan, Ketua Menteri Sabah, susah kami hendak Islamkan awak, tambahanpula awak paderi besar seluruh Sabah." Saya katakan padanya," Awak jangan bimbang sebab dosanya saya yang ampun, hal dia tidak perlu dibincangkan. Apa yang saya mahu, hari ini saya mahu peluk Islam." Seterusnya imam tersebut berkata lagi, "Awak tak boleh masuk Islam sekarang sebab awak perlu mengisi borang, tandatangan surat akuan sumpah dahulu, baru awak boleh masuk Islam." Dengan agak kasar saya katakan kepadanya, "Kalau beginilah caranya untuk memeluk Islam, lebih baik orang masuk Kristian. Kalau masuk Kristian, hari ini terus dibaptiskan dan menjadi Kristian. Untuk masuk Islam pun perlu isi borang ke? Baiklah, jika hari ini saya turun ke bawah dan ditakdirkan tiba-tiba saya dilanggar kereta dan mati, maka apa akan jadi kepada saya dan siapa yang akan bertanggungjawab?" Akhirnya imam tersebut menyuruh saya mengucap dua kalimah syahadah. Maka pada pagi Ahad itu saya telah sah sebagai seorang Islam.

Denagn Kekuatan Diri setelah selesai mengucap, saya kembali ke rumah saya. Ketika saya melalui kawasan gereja, orang ramai sudah penuh menunggu saya untuk upacara pengampunan. Mereka melambai tangan ke arah saya. Saya membalas kembali lambaian mereka. Ketika itu seakan ada satu kekuatan dalam diri saya. Saya keluar dari kereta dan membuat pengumuman di hadapan mereka. Saya katakan kepada mereka, "Kamu ini jika sembahyang pun berdosa kalau tak sembahyang lagi bagus." Kemudian saya meninggalkan mereka yang kelihatan seperti kehairanan. Saya meneruskan perjalanan menuju ke rumah.

Di dalam rumah semua ahli keluarga sudah bersedia menanti saya untuk ke gereja. Jubah saya sudah siap diseterika. Saya panggil semua ahli keluarga sambil bertanya apakah mereka sudah makan atau belum. Mereka katakan yang mereka sudah makan kecuali Khusti Kudus sahaja yang belum dimakan. Saya katakan itu tidak payah dimakan pun tidak mengapa kerana di kedai banyak roti untuk di makan. Saya membuat pengumuman kepada mereka, saya berkata sambil memandang ke arah bapa saya, "Saya hendak memberitahu kamu sesuatu perkara. Saya belajar di Vatican selama 12 tahun dan sudah terlalu banyak menghabiskan wang bapa. Selama 12 tahun saya belajar, saya tahu bahawa agama yang saya anut ini adalah agama yang salah, agama yang betul adalah Islam."

Ketika itu saya lihat tidak ada apa-apa riak di wajah bapa dan ahli keluarga saya, tetapi mereka semua terdiam. Saya menyambung kembali, "Tadi saya telah memeluk Islam di masjid bandar sana dan menyuruh saya mengucap. Bermakna hari ini saya sudah menjadi orang Islam." Bapa saya berkata kepada saya, "Oh! kamu sudah Islam! Tidak mengapa!" Seterusnya beliau menuju turun ke dapur. Saya ingatkan tidak ada apa-apa ketika itu. Saya tidak sedar rupa-rupanya beliau pergi mengambil parang panjang dan cuba menyerang saya. Saya yang kebetulan duduk di tepi tingkap di tingkat satu terus terjun ke bawah. Saya melompat dari tingkat atas dengan berkaki ayam. Tuhan masih mahu memanjangkan umur saya. Saya turun dan terus meninggalkan rumah sehelai sepinggang hingga ke hari ini.

Dari segi pengamalan kedua ibu bapa saya yang memang cukup kuat berpegang pada agama, apabila seorang anak murtad (keluar Kristian) mereka tidak lagi mengaku anak.

Selepas itu saya pergi ke Jabatan Agama Islam Sabah. Demi keselamatan diri saya, salah seorang pegawai di sana menasihatkan saya agar pergi belajar dan keluar dari Sabah. Akhirnya saya merantau ke Semenanjung dan menyambung pengajian saya di Institut Dakwah Kelantan pada tahun 1992 dan seterusnya saya menyambung pula ke Nilam Puri sehingga tahun 1995. Ketika itu saya adalah pelajar yang paling tua sekali. Setelah tamat pengajian, saya menganggur sekejap. Tidak lama kemudian saya diterima bertugas di Majlis Agama Islam Melaka hingga ke hari ini. Kemungkinan juga selepas ini saya akan dipindahkan ke majlis Agama Islam Kelantan.

Di sini (Melaka) saya ingin menerbitkan buku mengenai kajian Kristian. Tetapi terlalu banyak banyak prosedur yang perlu dijalani. Kini setelah hampir sembilan tahun saya memeluk Islam dan meninggalkan Sabah, saya masih diugut dan dikecam. Namun saya tidak khuatir kerana yakin Allah tetap melindungi hamba-Nya dan yakin ajal maut itu tetap datang walaupun bersembunyi di ceruk mana sekalipun. Kini saya bahagia setelah mendirikan rumah tangga bersama isteri yang cukup memahami jiwa saya. Dalam usia 49 tahun, saya baru mempunyai seorang cahaya mata berusia satu tahun setengah. Islam tidak menyusahkan penganutnya. Jika menjadi paderi perkahwinan tidak dibenarkan tetapi setelah Islam, baru saya tahu betapa indahnya perkahwinan dan zuriat yang merupakan rezeki dari Allah (SWT).

Di Vatican, orang Kristian yang keluar agama kemudian masuk ke negara tersebut, mereka akan bunuh. Bagi mereka seseorang yang murtad dianggap kotor dan mencemarkan maruah agama. Tetapi adakalanya saya terfikir, jika di sana orang Kristian murtad kenapa ianya tidak terjadi di negara yang pemerintah dan majoriti penduduknya beragama Islam. Itulah yang susahnya.

Saya membuat kajian hampir empat tahun baru mendapat nikmat Islam. Terlalu sukar saya mengecapi nikmat Islam tetapi orang di sini yang memang lahirnya dalam Islam dengan mudah mahu membuang Islam. Di sini saya bertanggungjawab terhadap mereka yang murtad, jika yang tidak berpengetahuan tidak mengapa tetapi yang sedihnya yang murtad ini ialah mereka yang mempunyai pendidikan hingga ke peringkat tertinggi dan mempunyai pendapatan yang melebihi dari keperluan bulanan.

Pernah saya katakan kepada seorang doktor, "Doktor, suatu ketika dahulu saya menerima gaji bulanan sebanyak RM5,000 sebulan, dilengkapi dengan pembantu rumah, pemandu dan rumah serba lengkap. Kehidupan saya terlalu mewah di Sabah. Tetapi doktor, kenapa saya sanggup melepaskan itu semua semata-mata kerana Islam! Gaji doktor sekarang terlalu mencukupi tetapi mengapa perlu tinggalkan Islam?" Saya memang cukup marah dan terkilan apabila mendengar orang yang ingin murtad. Minta maaf jika saya katakan, mengapa terlalu bodoh sangat sehingga sanggup menanggung dosa besar? Umat Islam dari segi ekonomi sebenarnya terlalu mencukupi cuma cara pelaksanaannya yang agak longgar.

Kita lihat Kristian, dari segi kerjasama dan ukhuwah mereka begitu kuat. Semasa saya menjadi paderi dahulu, apabila saya masuk ke sesebuah kampung untuk berdakwah saya dibekalkan beberapa ribu wang. Ini kerana gereja di seluruh dunia bersatu padu. Meskipun dari segi politik berbeza dan bermusuh tetapi untuk menghancurkan Islam mereka mesti bersatu. Mereka berkata jika di negara Barat, penduduk penganut Kristian tidak bersembahyang pun tetapi mereka tetap Kristian. Gereja di sana setiap hari Ahad kosong kerana setiap hari Ahad diadakan acara perlawanan bola sepak di kalangan paderi. Orang ramai pergi menyaksikan acara tersebut. Itu yang mereka minat. Oleh sebab itu peruntukan untuk di sana sudah tidak ada lagi. Sebagai alternatifnya mereka akan mengalihkan peruntukan itu untuk disalurkan ke negara Asia terutamanya ke Indonesia dan Malaysia. Begitulah kuatnya kerjasama di antara mereka. Bagi mereka tidak perlu berdakwah untuk orang Barat yang sudah sedia Kristian sebab untuk mereka memeluk Islam sukar. Yang lebih penting ialah misi mengkristiankan orang Islam.

Bagi pandangan saya, saya lihat orang Islam agak susah untuk bersatu. Masing-masing mempunyai fikrah yang berbeza dan hidup dalam kelompok sendiri. Kadangkala di kalangan orang Islam sendiri bergaduh. Ini berlainan dengan orang Kristian yang amat menitikberatkan soal kebajikan. Namun bukan semua orang Islam begitu, masih ramai di kalangan mereka yang bijak. Semasa saya menjadi paderi, saya memberikan tumpuan kepada orang miskin. Pernah terjadi di Perak, saya telah menghabiskan beratus ribu untuk mereka, mereka mengambil wang tersebut tetapi tidak memeluk Kristian. Selepas saya Islam, saya pergi menemui mereka, senarai nama mereka masih ada dalam simpanan saya. Setelah saya periksa rupa-rupanya mereka ini masih Islam walaupun pada awalnya mereka berjanji untuk memeluk Kristian. Alhamdulillah mereka tidak berdendam pada saya sebaliknya mereka membelanja saya makan setelah mengatahui saya telah memeluk Islam.

Masalah Kelemahan Pendakwah Islam

Adakalanya saya terfikir kenapa ketika Barat menjajah kita, orang Melayu tidak murtad sedangkan pada hari ini negara yang pemerintahnya Islam tetapi orang Melayu boleh murtad dengan begitu mudah sekali. Kelemahan kita ialah pendakwah Islam kadang-kadang boleh kalah dengan pendakwah Kristian.

Saya beri contoh seorang kawan saya yang pernah sama-sama belajar dengan saya semasa di Vatican dahulu. Beliau pernah menyatakan kepada saya, orang Yahudi sekarang sedang memberi tumpuan kepada kajian al-Quran dan Hadis. Dia mengatakan pada saya;"Wahai Thomas, (dia tetap memanggil saya dengan nama Kristian walaupun saya telah Islam), Allah ada mengatakan di dalam salah sebuah ayatnya yang bermaksud; “Tidak akan masuk syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi dan Nasara." Sekarang kami pendakwah Kristian mahu pandai membaca al-Quran, terjemahan dan hadis. Kami mempunyai kursus khusus mengkaji al-Quran dan Hadis. Awak lihatlah apa yang telah dikatakan oleh Tuhan mu itu." Saya katakan kepadanya, "Betul apa yang awak baca ini. Kami membaca al-Quran bukan seperti apa yang awak faham. Memang benar awak membaca ayat itu tetapi al-Quran ini jika awak tafsir separuh-separuh itu tidak betul. Al-Quran bukan seperti Injil yang boleh ditafsir separuh-separuh. Saya dahulu apabila belajar al-Quran mengambil masa sehingga tiga tahun baru khatam. Saya ucapkan terima kasih pada awak kerana hanya enam bulan awak sudah boleh membaca al-Quran." Saya katakan lagi padanya, "Sebenarnya awak tidak tahu tafsir al-Quran. Maksud sebenar ayat tersebut ialah "Telah berkata mereka (orang-orang Yahudi dan Nasara), tidak akan masuk syurga melainkan orang Yahudi dan Nasara, sedangkan semua itu hanyalah merupakan angan-angan kamu yang kosong." Itu bukan firman Allah, kata-kata itu adalah keluar dari mulut orang-orang Yahudi sendiri. Paderi tersebut masih belum faham lalu bertanya, "Apakah angan-angan kosong itu?" Saya katakan," Setiap hari Ahad kamu makan tuhan kamu. Apabila kau menghadap Khudsi Kudus sambil berdoa bermakna kamu telah memakan tuhan kamu. Untuk apa kamu berbuat demikian?" Beliau tidak boleh berkata apa-apa walaupun mukanya telah merah padam. Saya katakan kepadanya, "Kamu tidak boleh marah. Kalau kamu marah, siapakah yang akan mengampunkan dosa kamu?"

Hal itu tidak mengapa jika diutarakan di hadapan mereka yang faham, tetapi apa yang saya bimbangkan bagaimana jika ayat itu dibacakan di hadapan mereka yang tidak faham dan rendah pengetahuan agamanya?

Siapakah Sasaran Kristian?

Program mereka kini ialah berdakwah kepada orang Islam yang menghabiskan masa di kaki-kaki lima terutamanya golongan remaja yang bermain gitar. Mereka akan katakan, jika bermain di kaki lima tidak mendapat apa-apa bayaran, lebih baik bermain lagu di gereja setiap hari Ahad dengan pendapatan lumayan. Dari situ ramai yang tertarik.

Dari segi wanita Islam pula, yang saya perhatikan senarai namanya terlalu ramai orang Melayu yang memohon menukar nama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Itu yang menyedihkan saya. Di JPN, beratus nama sedang menunggu, apabila pihak JPN meluluskan nama- nama tersebut, maka akan murtadlah nama-nama itu. Itu kelemahan undang-udang negara, kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka ini berpegang pada peruntukan yang mengatakan apabila seseorang yang berumur 18 tahun ke atas bebas beragama.

Apa ikhtiar kita?

Ada seorang wanita berjumpa saya tetapi keadaannya meragukan. Beliau memakai tudung. Saya menggunakan isteri saya untuk memerhatikan wanita ini. Bila mereka tinggal berdua, barulah saya tahu di dalam tudungnya itu ada salib. Isteri saya memberitahu saya. Saya memanggilnya. Saya katakan kepadanya, "Kamu tidak sayangkan Islam ke? Tolong buang benda yang ada didalam tudung kamu itu". Dia tidak mengaku, tetapi saya yakin beliau memakainya. Sejurus kemudian beliau mengeluarkan rantai salib di lehernya dan mengatakan beliau sengaja memakainya tanpa mempunyai niat apa-apa. Saya katakan padanya yang saya dahulu memakai rantai yang lebih besar daripadanya. Akhirnya saya megambil rantai tersebut dan menyimpannya di pejabat saya untuk dibawa ke pihak atasan dan menerangkan bagaimana seriusnya penyakit ini di kalangan anak remaja kita. Wanita jika tidak kuat pegangan memang mudah dipengaruhi.

Ada juga taktik orang-orang Yahudi yang menjadikan perkahwinan sebagai langkah paling mudah untuk memurtadkan gadis Islam. Untuk berkahwin, mereka (lelaki Kristian) akan memeluk Islam, kemudian akan membawa isterinya ke negara asalnya dan memurtadkan isterinya itu. Kemenangan Islam, Keadilan Sejagat 'Sesungguhnya orang-orang yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka beristiqamah, turun kepada mereka malaikat Allah berkata: jangan kamu takut dan jangan berdukacita, dan bergembiralah dengan syurga yang dijanjikan kepada kamu.'

Oleh JAMILAH AINI MOHD. RAFIEI,
turut hadir SUZILAWATI ROZAINOR ABBAS 

tilmiizun wrote his/her thoughts @ 2:11 pm
Wednesday, July 25, 2007
Cara Mandi Wajib Yg Betul

Mandi wajib mrupakan perkataan yg mudah disebut,ttp jgn tkejut jika dikatakan byk umat Islam di tanah air kita yg tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
 
Untuk melakukan mandi wajib yg betul,sesorg itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung shj. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dlm kedua2 keadaan bg mbolehkan ssorg itu meratakan air keseluruh anggota badanny yg zahir.
 
Penolong Pengarah Bahgian Dakwah, Jabatan Kemjuan Islam (JAKIM), Uztaz Hj MAt Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di pejabat agama islam gombak timur dan penceramah, didapati byk umat islam yg tidak mengetahui perkara ini. "Akibatnya, mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yg dilakukan oleh ssorg itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di taman sri keramat kuala Lumpur.
 
Mandi wajib yg juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap org yg melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib ssorg itu tidak akan sah.
 
Rukun mandi wajib ada 3. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga,meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir.
 
"Niat mandi wajib: "Shj aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala."
 
Atau " Shj aku mandi wajib kerana Allah Taala."
 
Niat itu di dlm hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bhgn anggota badan.
 
"Bagi ppuan yg habis haid, niat mandi wajib ialah: " Shj aku menggangkat hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi ppuan yg habis nifas, niat
mandi wajibnya ialah: " Shj aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".  
 
Niat itu jika dilambatkan atau ketika ssorg itu memulakannya slps dia tlh mbasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah mmulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah." Jelasnya lagi.
 
Mengenai rukun mandi wajib yg ke2, iaitu menghilangkan najis yg ada pd badan, menurut uztaz hj mat jais, menurut imam nawawi, jika kita ada najis dibadan, najis itu blh dibasuh serentak dgn mandi wajib. Ertinya mebasuh najis dgn mandi itu boleh disekalikan.
 
"Sementara rukun mandi wajib yg ke3, iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yg ada di badan, sama ada bulu2 yg jarang atau lebat. "jika rambut ssorg itu ditocang atau disanggul,sekirany tak sampai air ke dalamny, tocang atau sanggul itu wajib la dibuka. Bulu2 dlm lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Ttp sekiranya, bulu2 di dlm hidung itu bernajis,ia wajibla dibasuh.
 
"Mengenai kuku pula, jika di dlm kuku ada kotoran yg blh mhalang sampai air ke badan khususny di bhgn bwh kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dlm kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi. 
 
"Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, ini lah yg merumitnya. Sebenarnya jika rambut ssorg itu diwarnakan dgn pewarna slain inai,mandi wajib ssorg itu tidak sah.
 
"Oleh itu, ssorg yg mwarnakan rambutnya dgn pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah mbuang pewarna pd rambutnya terlebih dahulu. Tp untuk mbuang pewarna itu pula bagaimana?..ini lah yg rumitnya. Sedangkan pwarna pd rambut itu sbnrny tidak blh dibuang begitu mudah.
 
"Yang menyebabkan mandi wajib org yg menggunakan pwrna pd rambutny tidak sah kerana pwarna itu akan menyalut rambutnya yg menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dgn inai. Inai sbnrnya akan meresap ke rambut, ttp pwarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut."
 
"ttp dlm hal ini, jangan pula ada yg slh fhm. Sbnrny pwarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM sekiranya pwarna itu tidak bernajis, bukan lah bmaksud menjadi tidak sah?.. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bhw sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.
 
"Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yg telah sya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan
sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yg serius oleh umat islam.
 
Mengenai sbb2 ssorg itu wajib mandi wajib pula, uztz hj mat jais menegaskan, ssb2 nya tdiri drp 6 sbb. 3 sbb mlibatkan lelaki dan ppuan iaitu kerana bersetubuh wlpun tidak kuar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sbb lagi hnya mlibatkan kaum ppuan shj,iaitu keluar darah haid, nifas dan mlahirkan anak(wiladah).
 
"Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dgn menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
 
"Bagi pasangan suami isteri yg bersetubuh pula,mereka tidak semestinya mandi slps bsetubuh, ttp diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bsetubuh pula, jika ia dilakukan pd waktu mlm, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak bwuduk sblm tidur adalah makhruh."

tilmiizun wrote his/her thoughts @ 10:55 am
Monday, July 09, 2007
Tiada Laluan Mudah dalam Perjuangan

Tujuan Allah S.W.T menurunkan surah yasin adalah untuk memperkuatkan semangat Nabi Muhammad s.a.w di samping memperjelaskan hakikat ajaran agama Islam dan hakikat kerasulan Nabi Muhammad sendiri kepada seluruh umat manusia.

"Wahai Rasul, sampaikanlah akan segala apa yang diturunkan kepadamu oleh Tuhanmu itu. Jika engkau tidak berbuat demikian, bererti engkau tidak menyampaikan risalah-Nya. Dan (yakinlah bahawa) Allah pasti melindungi kamu daripada ancaman manusia. Sesungguhnya Allah tidak akan memberi hidayah kepada kaum yang mengingkari perintahNya." (Surah al-Maidah 5:67).

Walaupun baginda diberi jaminan oleh Allah bahawa usaha untuk mendaulatkan agama Islam akan mendapat kejayaan pada akhirnya, namun baginda tidak diberi laluan mudah. Sebaliknya Allah memerintahkan baginda supaya berjuang dan berjihad dengan segala yang ada bagi mencapai kemenangan yang telah dijanjikanNya itu.

Allah berfirman "Dan sekiranya Kami mengkehendaki, nescaya Kami menghapuskan sahaja daya penglihatan pada mata mereka. Sekiranya Kami berbuat demikian nescaya mereka akan terus meraba-raba untuk mencari jalan keluar, maka bagaimanakah agaknya mereka akan dapat melihat semula? (66). Dan sekiranya Kami kehendaki, Kami juga boleh menjadikan mereka kaku di tempat mereka, lantas mereka tidak dapat maju ke hadapan atau undur ke belakang (67)." (Surah Yasin).

Apa pun jaminan yang diberikan oleh Allah bagi memelihara agamaNya, namun para Rasul dan para dai'e wajib berjuang bagi mendaulatkan agama Allah. Mereka tetap diminta supaya mengorbankan fikiran, tenaga, harta benda, malah jiwa raga untuk agama kerana kemenangan tidak akan dapat dicapai dengan kuasa ghaib tanpa perjuangan.

Jihad tidak boleh dilengahkan. Seseorang muslim tidak boleh menunggu saat dan ketika yang difikirkan sesuai untuk berjihad. Malah, menangguhkan jihad untuk membela Islam adalah kesalahan di sisi agama. Jihad boleh dilakukan dengan apa juga cara yang termampu. Amalan jihad membela Islam wajib ditunaikan apabila seseorang itu mencapai baligh. Waktu yang paling sesuai untuk berjihad ialah ketika muda kerana seseorang itu mempunyai tenaga dan fikiran yang kuat. Kita tidak perlu menunggu sehingga mencapai usia tua untuk memulakan jihad, kerana tenaga dan fikiran sudah mula lemah.

"Dan (hendaklah diingat bahawa) mereka yang Kami panjangkan umurnya, Kami boleh menjadikannya nyanyuk. Oleh itu mestilah sentiasa berwaspada (68)." Surah Yasin.

Kita diharuskan memohon doa agar dilanjutkan usia, tetapi janganlah hendaknya umur yang panjang itu disia-sia tanpa menyumbang kepada kepentingan agama. Umur panjang yang dihabiskan hanya untuk mencari kemewahan duniawi tanpa menyumbang kepada kepentingan agama dianggap tidak bernilai, sebaliknya sia-sia shj. Apa lagi jika sampai ke tahap nyanyuk. Pada ketika itu semua yang ada pada diri seseorang itu sudah tidak berguna lagi.

Jesteru, Rasullulah s.a.w pernah berdoa " Ya Allah!Aku memohon perlindungan daripada mencapai umur tua yang boleh menyebabkan nyanyuk."


tilmiizun wrote his/her thoughts @ 1:15 pm
Sunday, June 03, 2007
Memilih untuk m'jd isteri ke-2

Aku memilih untuk m'jd isteri ke-2
Cerita ini ana ambil dr emal pmram. MOga ia boleh dijadikan pedoman pada sape yang menjadi isteri kedua.

Kenapa?

1. Keluargaku membesarkanku, memberi pendidikan secukupnya pada ku, mendoakan kesejahteraan dan kejayaanku, tiba masanya aku membalas budi, aku ingin melakukannya sepuas hati. Suami adalah perkara baru bagiku, ibu ayah selamanya bersama ku, menjadi isterike-2 membenarkan semua ini berlaku. Disaat suami bersama isteri pertamanya, aku bersama keluarga ku. Dia bahagia tika bersama keluarganya yang disana, aku bahagia bersama keluargaku, ayah ibu, adik2...bila kami bersama semula, cinta itu terasa panas sekali krn kami saling merindui di kala berjauhan. Maduku juga melakukan perkara yg sama ketika suamiku bersamaku, pulang kepada keluarganya.

2. Aku wanita berkerjaya itu yg punya segala kemudahan untuk hidup, ada waktu aku perlukan masa utk diriku sendiri, untuk ke salon, buat facial, urutan badan, hadiri kelas yoga, aerobik dan sebagainya. Diwaktu dia bersama isterinya yg disana, aku gunakan masa ituuntuk diriku. Di kala kami bersama, hubungan intim kami hangat sekali, aku sentiasa bersedia untuknya, untuk diriku juga. Seminggu atau dua minggu sekali cukup memadai bagiku kerana yg sekali itu amat hebat sekali, yg sekali tetapi hebat itu umpama tonik utk hari2 ku yang lain.

3. wanita sepertiku juga sibuk saban hari, bukan aku pentingkan karier tapi bila kita bekerja, kita harus komit sepenuhnya, kedudukan aku sebagai isteri ke-2 mengizinkan itu untuk berlaku. Hasilnya, aku punya suami, anak-anak, keluarga yg menyokong kukuh dibelakang dan kerjaya yang cemerlang.

4. Aku suka kehidupan yg tenang tanpa geseran.Berjauhan selalu membuatkan aku selalu merinduinya, bila dekat aku tak lekang bermanja dengannya. Rugi rasanya masa yg sedikit itu digunakan utk bergesar perkara2 yg kecil. Kami tak pernah bergaduh, dia menerima aku seadanya, aku menerima dia setulusnya hatiku. Kami adalah pasangan bercinta itu walaupun dah 3 tahun bernikah, hphone dan komputer adalah teman karib, even kami kdg2 terlupa bahawa kami suami isteri, bercakap seperti anak2 remaja.

5. Aku hanya mahu Hari Raya Pertama di rumah ibubapaku dan sudah pasti aku sentiasa dapat yg ini. Kalau tak kerana suami berjauhan pun biasanya org berjalan raya pada hari raya ke 2 & 3, aku sentiasa mendapat hak ini. Hari raya pertama adalah utk isteri pertama, hari raya ke 2 & 3 bersama ku, selebihnya suami kembali pada keluarga pertama, aku pun kembali kerja, semudah itu kehidupanku kerana aku sgt berlapang dada, ada suami utk hari2 sebegitu sudah satu nikmat buat ku, bagaimana pun2 yg tidak bersuami?

6. Begitu juga ketika bersalin, aku hanya mahu bersama keluargaku, aku hanya mahu ibuku yg menjagaku, aku mahu adik2 perempuanku menguruskan kebajikanku, sesekali mertua datang melawat, sudah cukup bagiku. Aku tak pernah meminta dia bersamaku ketika ini, aku hanya mahu ibuku, sudah tentu jauh disudut hatiku mahu dia bersama, tapi aku lebih suka dia disana dan menelefon aku saban hari, sbb kalau dia ada bersamaku, pening kepala ibuku memikirkan nak masak apa utk menantu sorang ni.

7. Maduku?........mula2 dia seperti marah, lama-lama dia buat tak peduli, sekarang dia kakakku. Dialah juga yg mengajarku cara-cara melayan suamiku.......sebagai balasannya, aku menghormati haknya sebagai isteri suamiku, aku tak pernah lupa membeli barang utknya setiap kali outstation, tak pernah lupa memberi hadiah istimewa utk anak2nya yg juga anakku, dan yg paling penting...aku tak pernah memanggil suami pulang ketika 'turn'nya, malah jika suamiku disana, aku akan minta kebenaran maduku utkbercakap dgnnya. Adakah aku bahagia? Alhamdulillah...kehidupanku sempurna sekali, aku miliki semua, keluarga yg kusayangi, suami yg ku cintai dan sanjungi, anak2 yg baik dan kerjaya yg mantap sekali.

Rahsianya : Berlapang dada, ikhlas pada diri sendiri dan keluarga, niat segala perkara lillahi taala, terima suami seadanya....dialah rezeki pemberian tuhan, Allah boleh beri dan ambil bila2 masa dia mahu, tak guna mengawal, lebih memahami kita padanya, lebih sayang dia pada kita.

 


tilmiizun wrote his/her thoughts @ 2:36 am
Saturday, June 02, 2007
Ikhlas

Sabda Rasulullah S.A.W:
"Di hari akhirat nanti orang yang pertama Allah bicarakan ialah seorang yang mati syahid, lalu ia dibawa mengadap Allah, maka diperkenalkan kepadanya akan nikmat yang diberikan kepadanya, memang dia mengetahuinya, Allah berfirman: "Apakah yang kamu amalkan dengannya? "Dia berkata: "Aku berperang kerana menegakkan agama-Mu sehingga aku mati syahid". Allah berfirman: "Kamu bohong! Sebenarnya kamu berperang supaya dikata orang kamu berani, maka memang dikata begitu". Kemudian diperintah supaya dia diseret dengan menyembam mukanya sehingga dicampak ke dalam neraka.

Seterusnya dibawa pula seorang yang mempelajari ilmu dan mengajar, dan pandai membaca al-Quran. Dia dibawa mengadap Allah, lalu diperkenalkan kepadanya akan nikmat yang diberikan kepadanya, memang dia mengetahuinya. Allah berfirman: "Apakah yang kamu amalkan dengannya?" Dia berkata: "Aku mempelajari ilmu dan aku mengajar, dan aku membaca al-Quran kerana-Mu". Allah berfirman: "Kamu berbohong! Tetapi sebenarnya kamu belajar dan mengajar dan kamu juga membaca al-Quran supaya dikata orang kamu alim dan pandai membaca al-Quran, maka memang telah dikatakan begitu". Kemudian diperintah supaya dia diseret dalam keadaan mukanya disembam sehingga dia dicampak ke dalam neraka.

Seterusnya dibawa seorang yang dikurnia Allah senang lenang dan diberi kepadanya berbagai jenis harta benda, maka dia dibawa mengadap Allah, lalu diperkenalkan kepadanya segala nikmat yang pernah diberi kepadanya. Maka dia mengenalinya. Allah berfirman: "Apakah yang telah engkau lakukan engan harta itu?" Dia menjawab: "Apa sahaja jalan yang engkau kasihi aku belanjakan harta itu untuknya kerana-Mu." Allah berfirman: "Kamu bohong! Sebenarnya kamu lakukan itu supaya dipuji orang bahawa kamu seorang yang pemurah, memang dikatakan begitu. Kemudian diperintah supaya dia diheret dalam keadaan menyembam mukanya, seterusnya dia dicampak ke dalam neraka."

Hadis riwayat Muslim

 


tilmiizun wrote his/her thoughts @ 4:02 pm
Friday, May 25, 2007
Khutbah Terakhir Rasulullah SAW

Khutbah ini disampaikan pada 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriyah di lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersunggah-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji' sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya. nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.

Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu...


tilmiizun wrote his/her thoughts @ 1:37 pm
Thursday, May 17, 2007
Hantu & Bolehkah Roh Kembal

SOALAN 
Saya ada menonton siaran televisyen mengenai rumah berhantu. Selain adanya kehadiran lembaga yang hodoh, dikatakan orang ramai sering mendengar suara-suara seperti orang menangis. Dikatakan bahawa penghuni rumah tersebut meninggal akibat kemalangan jalan raya.
Persoalan saya, saya percaya kepada kehadiran makhluk jin yang suka menghuni rumah yang ditinggalkan. Tetapi, suara menangis ataupun bayangan pemilik rumah yang telah meninggal dunia itu, adakah kerana roh si mati tidak diterima bumi? Kalau tidak silap, saya pernah terbaca hadis yang mengatakan ada roh yang tidak diterima oleh bumi. Jika benar demikian, ke manakah roh ini pergi?
 
Jawapan Ust Zaharuddin (Diterbitkan di Majalah-i)
Apabila ruh sudah berpisah dari tubuh, ia berada di alam yang dinamakan Barzakh, dan ia tidak akan mampu sama sekali untuk kembali ke alam dunia semula sama ada dalam keadaan baik atau buruk. Dakwaan Roh pulang kembali ke rumahnya setelah hari-hari tertentu adalah TIDAK BENAR. Tidak kiralah sama ada roh itu dalam keadaan baik atau buruk. Manakala jika benar kelihatan mahkluk seperti si mati dan kendengaran suara-suara menangis, maka pandangan Ulama adalah ia hanyalah angkara Jin dan Syaitan yang menyerupai si mati dan gangguan mereka, tidak lebih dari itu.
Bukti bahawa Roh tidak boleh kembali berdasarkan dalil berikut :-
Firman Allah ertinya : " Hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka ( orang kafir) dia berkata : " Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong) . Dan di hadapan mereka ada DINDING (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan" ( Al-Mu'minuun : 99-100).
Imam Mujahid (Tabien dan anak murid Ibn Abbas r.a) dan Ibn Zaid berkata tentang ayat ini : "Barzakh adalah seperti satu tembok yang menghalang orang yang mati kembali ke dunia."
Firman Allah ertinya : "Allah SWT memegang jiwa (ruh) ketika matinya (seseorang) dan memegang jiwa(ruh) orang yang belum mati di waktu tidurnya, maka Dia tahanlah jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan.." ( Az-Zumar : 42 ).
Melalui ayat ini, jelas bahawa roh berada di dalam pegangan Allah SWT dan Allah tidak membenarkan sama sekali Roh untuk kembali ke dunia, sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat sebelum ini,
Terdapat juga ulama berpandangan bahawa roh orang yang telah mati boleh bertemu dengan roh orang hidup ketika mereka sedang tidur (melalui mimpi). (Ar-Ruh, Ibn Qayyim, ms 20). Bagaimanapun, tiada yang berpandangan roh tersebut boleh bertemu dengan orang hidup semasa sedar mereka. Semua roh yang telah di ambil Allah SWT akan sibuk dengan urusan mereka sama ada baik atau buruk.
Prof Ahmed Azzedine Al-Bayanuny dan Prof. Mohamed Hussin pernah menegaskan bahwa dakwaan orang-orang kristian yang boleh bertemu dengan ruh si mati dengan teknik jampian kahs adalah penipuan yang menggunakan Jin dan syaitan. Ia bukannya ruh yang sebenar. ( Rujuk Al-Iman Bil Malaika dan Al-Ruhiya al-Haditha)
Destinasi Roh Selepas Mati.
Ulama berbeza pandangan dalam menentukan tempat tinggal  Roh selepas mati seperti berikut (Rujuk Syarh Al-‘Aqidah At-Tohawiyah, Tahqiq Syuaib Arnout, 2/613-614, cet Muasassah ar-Risalah) :-
a) Roh Mukmin di dalam Syurga dan Roh Kafir di dalam Neraka.
b) Kedua-duanya di dalam kubur mereka, dan Roh Mukmin di bukakan taman Syurga serta memperolehi nikmatnya dan Kafir di bukakan lubang azab neraka.
c) Roh Mukmin di alam tinggi (‘illiyyin) di langit ketujuh dan Kafir di ‘Sijjin' di dunia yang ketujuh terbawah.
d) Roh para Shuhada' (mati syahid) berada di Syurga dan Roh seluruh Mukmin lain berada di kuburan mereka. (pandangan Imam Ibn Abd Al-Barr)
Antara dalil dalam hal destinasi roh selepas kematian ini ada diterangkan di dalam hadith
" Roh yang Mukmin dalam keadaan burung-burung yang bergantungan di pokok-pokok di dalam Syurga, sehinggalah Allah mengembalikannya kepada jasadnya pada hari dibangkitkannya."  (Ibn Majah, no 1449 ; Ahmad, no 15716 12/315 cet Dar al-Hadis; Sohih menurut Ibn Hibban no. 743, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)
Berdasarkan sebuah hadith lain, apabila seorang Mukmin itu mati rohnya akan dibawa naik ke langit sehingga sampai ke langit ke tujuh, maka berkata Allah SWT : Tuliskan buku hambaku ini di ‘illiyyin' (tempat yang tinggi) dan kemudian dikembalikannya ke jasadnya kembali dan di datangi pula oleh dua Malaikat ... (Ringkasan Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud no 4753, Sohih menurut al-Hakim, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)
Manakala Roh si jahat dan Kafir pula juga di bawa naik ke langit dengan bau yang amat busuk dan digelar dengan nama yang terburuk dan apabila sampai di langit, maka tidak dibukakan pintu langit kemudian Nabi SAW membacakan ayat 40 dari Surah al-A'raf . Kemudian Allah SWT mengarahkan agar dtuliskan namanya di dalam ‘Sijjin' (neraka) kemudian di campakkan Rohnya dan Nabi SAW membacakan firman Allah : " Sesiapa yang syirik kepada Allah, maka adalah seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan ke tempat yang jauh" (Al-A'raf : 31) . Kemudian dikembalikan kepada jasadnya, ...kemudian di datangi Malaikat..lalu dibukakan pintu dari neraka, lalu datanglah kepanasannya dan racunnya, dan kuburnya pula menyempit sehingga bersilang rusuknya. (Ringkasan dari Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud no 4753, Sohih menurut al-Hakim, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)
Berdasarkan ayat Quran juga, ruh si jahat juga akan di azab di dalam alam barzakhnya. Iaitu :
" Api neraka dikenakan kepada mereka (kafir) pada pagi dan petang, manakala di apabila tiba qiyamat mereka di masukkan bersama keluarga Firaun yang dikenakan azab" (Ghafir : 40)
Kesimpulannya, Roh tidak mampu kembali ke alam dunia kerana Barzakh adalah tembok yang menghalangnya, dan Roh mukmin di berikan nikmat di alam barzakh manakala Roh di kafir diazab sehingga kiamat. Wallahu'alam.
 

tilmiizun wrote his/her thoughts @ 9:28 pm
Sunday, April 08, 2007
Islam Agama Pelengkap

Sesungguhnya, selengkap-lengkap agama itu adalah Islam dan sebaik-baik contoh itu adalah Nabi Muhammad S.A.W

Islam bukan agama yang direka sebagaimana Hindu, atau kesalahfahamanseperti Buddha malah sama sekali bukan agama yang dipesongkan seperti Kristian. Sebaliknya Islam adalah agama yang Allah cipta dan diturunkan khusus buat Nabi junjungan kita. Dan sebagai Insan yang terpilih,semestinya Nabi SAW memiliki sifat yg terpuji & agung. Lihatlah kehalusan Islam. Tidak ada perkara yang tidak termaktub dalamIslam. Sehinggakan tatkala kita menqadak hajat sekalipun, ada panduannya.Sedang agama lain, kebersihan diri pun tidak ditekankan, Islam pula menitikberatkan lebih dari itu.Contohnya, apakah agama selain Islam yang mengajar kita cara untuk buang air besar? Takde. Kalau ikut mereka, nak lepas hajat tu cangkung je la.Tapi tidak kita orang Islam.

Mula? sekali, sebelum masuk tandas, kita dituntut berdoa "Allahumma inna a'uzubika minal khubthi wa khabaaith" (YaAllah! Lindungilah aku daripada syaitan jantan dan syaitan betina). Kemudian lindungilah kepala dengan kain. Masuklah dengan kaki kiri. Ketika mencangkung, tumit kanan jejak ke lantai. Manakala tumit kiri diangkatkan. Tangan kanan diletakkan atas kepala manakala tangan kiri menekan perut...Indah kan? Buang air besar pun ada seninya. Bukan setakat tu. Arah kita mengadap semasa 'proses' tu pun ditentukan gak. Kita dilarang menghadap atau membelakangkan Qiblat. Biarlah kita 'proses' tu Qiblat di arah kanan atau kiri kita. Tetapi, seandainya kita di dalam tempat yang tertentu (jamban la tu!) kita dibolehkan menghadap atau membelakangkan Qiblat dengan syarat, luas 'bilik' tu ialah kurang 1 hasta dengan tubuh kita.Dah selesai, basuh dengan air. Boleh basuh dengan kertas dulu tapi mesti kena dengan air gak pastu. Kalau takde air, boleh pakai batu yang tidak tajam(bukan yang melukakan). Jangan gunakan rumput atau tulang atau makanan. Keluar dengan kaki kanan dan ucapkanlah doa "Subhanallahillazi azhaba'annil aaza wa 'aafani" (Maha Suci Allah yang menghilangkan kotoran dari tubuhku dan menyihatkan aku). Subhanallah... Punyalah halus agama Islam. Kita dipandukan sehingga sekecil perkara. Dari bangun tido, bekerja, makan, qadak hajat, bersetubuh hinggalah masuk tido semula. Semuanya ada panduan yang sempurna.

Kalaulah bukan Allah, takde sape yang mampu buat agama yang sesempurna ini. Tapi ini semua sunnah. Sunnah ni bukan paksaan tapi amat digalakkan. Semua perbuatan ini adalah hasil pemerhatian sahabat ke atas Rasulullah SAW...Sesungguhnya mengamalkan sunnah akan mendekatkan diri kita kepada iman. Lagi banyak sunnah kita amalkan (selain dari kawin lebih 1 la...), lebih dekat diri kita pada Allah. Antara sunnah yang mudah diamalkan ialah...

1. Duduklah ketika makan atau minum. Gunakan tangan kanan. Ambil makanan dengan 3 jari
2. Sewaktu sujud ketika solat, pastikan kesemua jari kaki anda dilipatkan. Jari mestilah mengadap Qiblat. Angkat siku dari terkena lantai.Tekankankan kepala anda serendah yang mungkin sebagai tanda menghinakan diri. Sewaktu turun untuk sujud, jejakkan lutut dulu diikuti tapak tangan & kemudian dahi.
3. Sewaktu ruku', tegakkanlah belakang anda. Janganlah terlampau tinggi atau terlampau rendah.
4. Peliharalah janggut. Sesungguhnya janggutlah yang membezakan umat NabiMuhammad dengan orang lain.
5. Amalkan hadith ini. Ada 5 dipandang sunnah. Berkhatan, memotong kuku, menggunting misai, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu kemaluan.
6. Berkahwinlah apabila cukup kemampuan.Dan banyak lagi sunnah Rasulullah yang sebenarnya bukan sekadar mudah malah cukup seronok untuk diamalkan. Untuk panduan lebih lengkap, dapatkan buku terjemahan Kitab Fiqah Mazhab Syafie jilid 1, 2, 3 & 4.

Wallahu 'alam...

 


tilmiizun wrote his/her thoughts @ 5:33 pm
Friday, March 16, 2007
Orang Yang Didoakan Oleh Para Malaikat

Allah SWT berfirman, “Sebenarnya (malaikat - malaikat itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah - perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa’at melainkan kepada orang - orang yang diridhai Allah, dan mereka selalu berhati - hati karena takut kepada-Nya” (QS Al Anbiyaa’ 26-28)

Inilah orang - orang yang didoakan oleh para malaikat :

  • Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci’” (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)· ·
  • Orang yang duduk menunggu shalat. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu shalat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia’” (Shahih Muslim no. 469)· ·
  • Orang - orang yang berada di shaf bagian depan di dalam shalat. Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra’ bin ‘Azib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada (orang - orang) yang berada pada shaf - shaf terdepan” (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)· ·
  • Orang - orang yang menyambung shaf (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam shaf). Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu bershalawat kepada orang - orang yang menyambung shaf - shaf” (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)· ·
  • Para malaikat mengucapkan ‘Amin’ ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah. Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, karena barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu” (Shahih Bukhari no. 782)· ·
  • Orang yang duduk di tempat shalatnya setelah melakukan shalat. Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat akan selalu bershalawat kepada salah satu diantara kalian selama ia ada di dalam tempat shalat dimana ia melakukan shalat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia’” (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadits ini)· ·
  • Orang - orang yang melakukan shalat shubuh dan ‘ashar secara berjama’ah. Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat berkumpul pada saat shalat shubuh lalu para malaikat ( yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga shubuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu shalat ‘ashar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga shalat ‘ashar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, ‘Bagaimana kalian meninggalkan hambaku ?’, mereka menjawab, ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan shalat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan shalat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat’” (Al Musnad no. 9140, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)· ·
  • Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan. Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ ra., bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, “Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata ‘aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan’” (Shahih Muslim no. 2733)· ·
  • Orang - orang yang berinfak. Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak’. Dan lainnya berkata, ‘Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit’ (Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)· ·
  • Orang yang makan sahur. Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada orang - orang yang makan sahur” (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)· ·
  • Orang yang menjenguk orang sakit. Imam Ahmad meriwayatkan dari ‘Ali bin Abi Thalib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat untuknya yang akan bershalawat kepadanya di waktu siang kapan saja hingga sore dan di waktu malam kapan saja hingga shubuh” (Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, “Sanadnya shahih”)· ·
  • Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain. Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain” (dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)

Disarikan dari Buku Orang - orang yang Didoakan Malaikat, Syaikh Fadhl Ilahi, Pustaka Ibnu Katsir, Bogor, Cetakan Pertama, Februari 2005. Semoga Bermanfaat

Posted by Muhammad Ttuyup

tilmiizun wrote his/her thoughts @ 4:54 pm
Saturday, March 03, 2007
Aku Bimbang

Aku bimbang ..sangat bimbang
Bagaimanakah kalau besok..aku mati mendadak?
Sembahyangku masih banyak..yang belum terqada'
Ingin membayar puasa yang tertinggal..masih belum aku bertindak
Hutangku masih berlambak-lambak.
Finance kereta-ku belum lagi lunas tertunai
Hutang bank rumah-ku masih belum selesai
Kewajipanku masih banyak yang terbengkalai

Aku bimbang..sangat bimbang..
Apakah aku akan diberi VIP Welcome di alam barzakh
oleh Munkar dan Nankir dengan senyuman bermanis wajah
Atau .......................................
Apakah aku akan dibelasah
Oleh pembengis-pembengis di alam barzakh ?
Apakah aku dapat menahan sakit
Bila ular kubur datang menggigit
Kerana sembahyangku yang amat sedikit.

Aku bimbang..sangat bimbang..
Isyak masuk..ayah ke surau menyembah Allah
Aku depan tv menonton AKADEMI FANTASIA,
Ayah bertasbih, bertahmid..berzikir memuji Tuhan
Aku terjerit2..MENYOKONG PESERTA REALITI TV YANG SIA-SIA.
Ayah menggunakan masa mencari redhaan Tuhan
Tapi aku masih berpoya-poya seperti NYAWAKU PANJANG LAGI.
Kalaulah besok subuh Izrail datang bertandang
Bagaimanakah nasibku..setelah dunia aku tinggalkan?

Aku bimbang..amat bimbang..
Imanku masih terumbang-umbang
Ketika aku di dalam kubur..
adakah orang yang akan mendo'akan ?
Siapa akan menyedekahkan bacaan Yasin dan surah-surah Al-Qur'an
Buat meredakan siksa kubur yang datang tanpa kasihan
Nasibku di bawah tanah..adakah siapa yang akan mengenangkan ?
Hilang aku dari pandangan..
Hilanglah aku dalam kenangan.
Jadi..kenapa aku kurang berusaha menyiapkan bekalan ?
Supaya di kubur nanti aku diberi VIP Welcome.

Aku bimbang..sangat bimbang..
Amal ibadahku sangat berkurang !
WAHAI MANUSIA ... taubatlah engkau dari sekarang
Tinggalkanlah padang bola..
TINGGALKAN HIBURAN MELAMPAU dan pergi ke masjid seperti orang lain
Qada'lah sembahyangmu yang tertinggal, bayarlah puasamu
Berhentilah menjadi sahabat syaitan
Agar hidupmu mendapat keredhaan
Sebelum engkau kembali ke ALAM BARZAKH.

bersama-sama kita fikir-fikirkan..


tilmiizun wrote his/her thoughts @ 2:40 am
Next Page